Quranic Foods

Quranic Foods
Quranic Food

Monday, 18 November 2013

5 Tips Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Kecantikan ( Olive Oil Asli Olive House )

manfaat-minyak-zaitun

Jika anda seorang yang mementingkan kecantikan, pasti anda tahu tentang kehebatan minyak zaitun. Ia sangat baik untuk melembap dan meremajakan kulit, mencegah proses penuaan dan menentang radikal bebas. Terdapat dua jenis minyak zaitun untuk kecantikan iaitu minyak zaitun tulen dan minyak zaitun campuran. minyak zaitun tulen biasanya mudah didapati di pusat-pusat rawatan yang menyediakan khidmat aromaterapi.
Manakala, minyak zaitun campuran biasanya sudah bercampur dengan bahan-bahan lain dan seringkali diguna pakai dalam pembuatan losyen, syampu, skrub badan, pembersih wajah dan juga ‘body mist’. Untuk rawatan kecantikan, selain daripada mendapatkan produk yang berasaskan minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak zaitun yang digunakan dalam masakan. Caranya mudah sahaja, hanya campurkan minyak tersebut ke dalam masker, syampu atau pelembab kulit yang ingin digunakan.
Hendak tahu apa kebaikan minyak zaitun??

RAMBUT LEBIH SIHAT
Produk perawatan rambut yang mengandungi minyak zaitun merupakan pilihan tepat dan sihat untuk mengatasi masalah kering, kusam, rapuh, gugur dan bercabang. Penggunaan rangkaian syampu serta perapi dengan kandungan minyak zaitun secara teratur dapat memperbaiki struktur rambut yang rosak oleh bahan kimia atau kepanasan pengering rambut. Selain itu, minyak zaitun mampu memberi kelembapan ekstra pada helai rambut dan membuat rambut nampak sihat, lebih berkilau serta terhindar daripada masalah keguguran dan rambut bercabang.

PAYUDARA LEBIH ANJAL
Khasiat antikedut minyak zaitun juga dikatakan mampu membuat kulit sekitar payudara menjadi lebih tegang. Apatah lagi jika penggunaannya disertai dengan urutan payudara yang khusus. Tidak hanya kulit, bentuk payudara anda juga akan kelihatan lebih menarik dan seksi. Caranya mudah sahaja, oleskan minyak zaitun di sekitar payudara, lalu urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat ke arah ketiak selama 10 minit. Kemudian, tutup payudara dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 10 minit. Untuk rawatan intensif, campurkan minyak zaitun dengan telur dan sedikit perahan lemon. Sapukan pada payudara dan lakukan urutan seperti biasa.

KULIT TUBUH LEBIH ANJAL
Sekiranya minyak zaitun dicampurkan ke dalam skrub atau mandian badan, ia boleh membuatkan kulit terasa lebih halus dan lembap. Sebagai pelembap, minyak zaitun juga boleh disapukan pada seluruh tubuh badan. Ia akan membuatkan kulit menjadi lebih anjal, lembap dan terlihat lebih berseri-seri. ‘Polyphenols’ yang terkandung di dalam minyak zaitun apabila dicampur dengan air panas/suam dipercayai dapat membersihkan kulit daripada bakteria dan kuman serta membuatkan kulit terhindar daripada sebarang alahan.
Campuran minyak zaitun dengan minyak ‘essential’ yang lain dapat menghangatkan tubuh badan sekiranya ia diaplikasikan dengan cara urutan. Ini bermakna ia boleh meredakan tekanan dan ketegangan otot serta melancarkan peredaran darah dan lemak penyebab selulit. Selain itu, kandungan protein, vitamin A dan E yang tinggi dalam minyak zaitun membuatkan kulit akan terlihat lebih remaja, sihat dan bercahaya.

MELEMBUTKAN KULIT KAKI DAN TANGAN
Bagi anda yang sering menghadapi masalah kulit tangan dan kaki kering, kasar serta kuku mudah patah, minyak zaitun boleh menyelesaikan masalah ini. Untuk masalah kulit dan kaki yang kering, minyak zaitun berkhasiat untuk melembapkan kulit. Untuk masalah kulit kaki yang kasar dan menebal, minyak zaitun akan bertindak secara maksimum jika dicampur dengan skrub kaki. Penggunaannya harus disertai dengan pemakaian ‘loofah’ atau berus kaki agar menyingkiran sel kulit mati lebih berkesan.

MENCEGAH KEDUTAN WAJAH
‘Polyphenols’ dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai salah satu agen antioksidan. Ini bermakna ia boleh menghalang radikal bebas, penyebab kedutan dan proses penuaan semulajadi. Kandungan ‘polyphenols’ ini juga berfungsi sebagai antibakteria. Kerana inilah minyak zaitun tidak hanya boleh menjadi bahan anti kedutan dan antioksidan, tetapi ia juga dapat berfungsi sebagai antiseptik terutamanya untuk mencegah jerawat.
Tidak perlu menunggu sehingga umur menginjak ke 30 tahun untuk mencegah kedutan wajah. Kandungan semulajadi minyak zaitun boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, tidak mengira umur dan masalah kulit yang dihadapinya. Selain mencegah proses penuaan, penggunaan produk kecantikan yang berasaskan minyak zaitun turut membantu kulit wajah kelihatan lebih bersih, sihat dan berseri.
minyak zaitun membuat sel kulit menjadi lebih aktif sehingga tidak terjadi pengumpulan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah terlihat kusam. Kandungan pelembapnya yang tinggi juga mampu meningkatkan keanjalan kulit. Bagi anda yang sering menggunakan solekan yang tebal, minyak zaitun merupakan pilihan yang baik untuk menanggalkan sisa-sisa mekap.
Kredit : http://www.wanista.com/2013/04/tips-cantik-5-tips-kebaikan-minyak-zaitun/


Info : www.Facebook.com/OliveOilAsli
Untuk tempahan pati MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS
Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/OliveOilAsli atau
hubungi kami di 017 5750810 / 012 4506763 (sms,whatsapp)

No comments:

Post a Comment