Quranic Foods

Quranic Foods
Quranic Food

Monday, 18 November 2013

Olive Oil Vs Stretch Mark - Kelebihan Minyak Zaitun yang Perlu Diteroka

Aku berada di bilik pemeriksaan ibu mengandung. Sambil melihat Dr. Ush menulis, aku pun buka mulut. `Dr, semua ibu mengandung akan ada kesan kulit tertarik (stretch mark) ke?

Doktor menjawab  ” Tak. Bukan semua ibu mengandung mesti ada parut macam tu. Ada yang tak ada. Awak tak tahu ke yang kita boleh elak stretch mark dengan olive oil? Kalau pun awak tak mengandung, pada mana-mana tempat di kulit yang ada kesan stretch mark, awak boleh sapu olive oil.  You know,kalau awak makan 1 sudu kecil olive oil setiap hari, awak boleh elak kanser dan macam-macam penyakit. Saya sendiri dah guna minyak tu untuk hilangkan parut bakar (burn) saya”.
Wah. Aku semacam dalam kekaguman. Ada benda semulajadi yang boleh buat keajaiban sehebat itu. Dengan itu, pencarianku bermula, dengan satu persoalan dalam fikiran. Apakah rahsia minyak zaitun ni?  Tambahan lagi, dalam buku-buku pun ada sebut pasal buah zaitun.
Sejarah mencatatkan, Muhammad (prophet p.b.u.h) pernah berkata
`Makanlah minyak zaiton dan urutkannya ke seluruh badan kerana ia adalah pokok yang suci’ (“Eat the olive oil and massage it over your body since it is a holy (Mubarak) tree.”) –Tirmizi, Ibn Maja

Setelah dikaji, memanglah olive oil ini satu benda yang menakjubkan!
Sedikit sejarah, sejak zaman Adam dan Hawa, zaiton ini telah dilambangkan sebagai  satu cara mencari Tuhan melalui perubatan herba secara getaran (vibrational herbal medicine). Sememangnya berdasarkan kajian, tenaga yang ada dalam minyak ini, akan bertambah jika kita menggunakannya dengan cara mengurut betul- betul seperti yang dikatakan Muhammad (s.a.w).

Antara banyak-banyak makanan yang ada di muka bumi ini, makanan utama yang hanya mengandungi lemak tak tepu (MUFA:monounsaturated fat) ialah minyak zaiton dan minyak ini adalah makanan utama orang-orang Mediterranean. Melalui kajian, mereka mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghadapi masalah kesihatan contohnya masalah jantung berbanding orang lain. Satu lagi kajian mencatatkan, jika kita HANYA bergantung pada minyak zaitun ini sahaja, sudah cukup untuk mengurangkan risiko kita sebanyak 50% berbanding orang lain untuk mendapat masalah saluran darah di jantung (coronary artery disease) .

Apa sebenarnya yang terkandung dalam minyak ini?
Minyak zaitun mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi, omega-3, omega-6 dan pelbagai lagi. Semua asid lemak ini penting untuk peredaran impuls dalam otak, merendahkan paras kolesterol dalam badan dengan mengurangkan pengoksidaan lemak sekaligus mencegah masalah jantung. Minyak ini juga adalah pengawet semulajadi,boleh memanjangkan jangka hayat makanan. Contoh terdekat ialah tin-tin sardin yang dilihat di pasaraya. Semuanya direndam dalam minyak zaitun, betul atau tidak?
Jadi, bagaimana kita mahu menggunakan minyak zaitun`ajaib’ ini semaksimanya?
  • Sebagai minyak utama bila memasak semua makanan kita
  • Kuatkan rambut rapuh
(cara : rendam rambut dalam minyak ini, kemudian balut rambut dengan tuala selama 30 minit, kemudian basuh rambut)
  • Sebagai bahan utama kecantikan kulit
(cara : URUT pada tempat-tempat yang disukai [jangan sapu])
-          dapat mengelak kerutan dan memperbaiki tona muka (wrinkles and face tone)
-          kulit cantik dan halus
  • Pelembap dan penyegar muka
(cara: ½ cawan minyak zaitun+ ¼ cawan cuka+ ¼ cawan air; guna sebagai krim muka malam)
  • Kuatkan kuku (cara: rendam kuku jari dalam minyak zaitun)
  • Mengelap keluar make-up (sesuai untuk semua jenis make-up)
Dan banyak lagi.

Di pasaraya akan ada pelbagai jenis minyak ini. Yang mana perlu dipilih? Dalam mana-mana jenama pun, ada 4 kategori minyak zaiton.
Extra virgin olive oil – kategori terbaik, paling kurang diproses, minyaknya adalah hasil perahan pertama (tanpa haba) buah zaitun itu.
Virgin olive oil – minyak adalah dari perahan kedua buah zaitun dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama.
Pure olive oil / Olive oil – minyaknya telah melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya.
Extra Light olive oil – minyaknya adalah hasil banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti minyak zaitun di dalamnya kerana dicampur dengan pelbagai minyak lain.
Anda perlu memilih yang dilabel Extra Virgin kerana itulah kualiti terbaik jika kita ingin mendapatkan segala manfaat dari minyak ini terutama menjaga kesihatan badan. Selamat membeli!

Hasil nukilan : Yasmin Mohamed Yusof. Merupakan pelajar perubatan tahun 3 di Universiti Malaya

Blog : www.OliveAsli.blogspot.com
More Info : www.Facebook.com/OliveOilAsli


Untuk tempahan pati MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS
Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/OliveOilAsli
Jangan Lepaskan Peluang untuk bersama anugerah hebat ini

No comments:

Post a Comment