Quranic Foods

Quranic Foods
Quranic Food

Tuesday, 26 November 2013

Pati Minyak Zaitun Asli merawat GASTRIK dan Usus [ Olive House ]

Minyak Zaitun :
1) Firman Allah Taala:

“Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1)

2) Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:

...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...


 Pati Minyak Zaitun Asli.. Al Quran telah menyebut keistimewaannya..sains moden telah buktikan fungsi saintifiknya..ramai pengguna telah berikan testimoni kemujarabannya.. so! Jgn tunggu lagi.. jom rasainya keajaibannya...
Inbox kami atau sms.whatsapp 0175750810 

view more www.OliveAsli.blogspot.com FB https://www.facebook.com/oliveoilasli

Dunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun (extra virgin) mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
 
Pelbagai petua merawat Gastrik menggunakan minyak terunggul ini :

1-   Minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.
2- Dibaca ayat syifa' dan diminum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.  
3- Bagi pesakit kanser atau sakit dalaman BERKAIT usus, bausir ataupun gastrik, dinasihatkan minum lebih kerap seperti sesudu 3x sehari.. spt pagi-petang/tengahari-mlm cuba amalkan paling lambat rasa kesannya selama sebulan.. tapi kebanyakan kes tak sampai sebulan InShaAllah terasa kesannya..
 
 



Untuk tempahan PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS




hubungi kami di 017 5750810 / 012 4506763 (sms,whatsapp)


Kenali GASTRIK




SISTEM GASTROUSUS


Sistem gastrousus dikenali juga sebagai sistem penghadaman. Ia terbahagi kepada bahagian atas dan bawah. Sistem penghadaman bahagian bawah terdiri daripada esofogus, perut, deudenum, jejunum dan ileum.Dalam keadaan normal, esofogus menyalurkan makanan dari mulut ke dalam perut melalui proses peristalsis (pengecutan dan pengenduran otot).
Di hujung bahagian bawah esofogus terdapat sfinkter yang membenarkan dan mengawal makanan masuk ke dalam perut serta menghalang kandungan dalam perut untuk masuk semula ke dalam esofagus. Proses di mana makanan dalam perut masuk semula ke dalam esofogus dikenali sebagai refluks.Perut terdiri daripada dua bahagian: proksimal dan distal yang berfungsi untuk mengosongkan bahan yang berbentuk cecair dan pepejal. 
Di perut terdapat sfinkter yang mengawal pengosongan perut. Perut yang mengeluarkan beberapa jenis rembesan seperti enzim pepsin dan asid hidroklorik yang menjadikan jus dan cecair gastrik yang diperlukan untuk mencerna makanan.Rembesan cecair gastrik berlaku dalam beberapa keadaan atau fasa. Dalam fasa sefalik, rembesan perut dapat dihasilkan biarpun ketika seseorang sedang berpuasa. Dalam fasa gastrik, kehadiran makanan dalam perut akan merangsang rembesan perut. Satu lagi fasa ialah intestinal. Dalam fasa ini, rembesan boleh direncat atau dirangsang oleh beberapa jenis bahan kimia.Terdapat beberapa bahan kimia dalam perut yang boleh merangsang penghasilan cecair atau rembesan perut. Antaranya ialah asetilkolin, hormon gastrin, histamin dan enzim protein kinase. Bahan-bahan kimia ini dihasilkan daripada rangsangan bahan seperti asid amino, peptid, alkohol dan kalsium.Sebaliknya, tedapat beberapa bahan yang boleh merencat rembesan perut. Antaranya ialah bahan berlemak, larutan yang tinggi kepekatannya dan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Rembesan perut boleh menghakis dan mencederakan lapisan dalam perut.Namun, lapisan gel mukus yang dihasilkan dalam perut mampu melindungi perut daripada sebarang kecederaan dan dengan cepat. Proses ini biasanya memakan masa sehingga 30 minit. Proses pertahanan dan pembaikan lapisan perut dan usus merupakan faktor utama yang menentukan kejadian ulser peptik.Bahagian duodenum menerima dan menyimpan makanan yang telah dihadamkan. Makanan itu kemudiannya disalurkan ke bahagian distal perut. 
Di sini rembesan gastrik bercampur dengan makanan sebelum disalurkan ke bahagian duodenum (bahagian atas usus kecil). Kadar pengosongan perut dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti hormon, larutan yang pekat, larutan berasid, bahan berlemak dan perut yang distensi (kembung).Perut sentiasa terdedah kepada persekitaran luar kerana pelbagai bahan dapat masuk ke dalamnya. Inflamasi atau radang yang akut (segera) atau kronik (berpanjangan) dapat berlaku kepada sistem gastrousus jika mekanisme pertahanan gagal mengawal keadaan.
Terdapat dua masalah utama yang berlaku kepada sistem gastrousus:Aliran kandungan daripada perut atau deudenum ke bahagian esofagus. 
Kesannya bergantung kepada campuran asid, pepsin, garam hempedu dan enzim.Inflamasi pada bahagian lapisan perut. Antara perkara yang menyebakan keradangan ialah ubat, termakan bahan yang menghakis atau tekanan emosi.Inflamasi pada bahagian esofagus akibat aliran berlawanan kandungan di dalam duodenum. 
Kandungan ini mungkin mengandungi hempedu enzim atau alkali.
Ketidakselesaan bahagian atas abdomen yang sekejap-sekejap selepas makan. Masalah ini dikaitkan dengan gangguan fungsi atau keupayaan penghadaman.Hakisan dan kecederaan pada bahagian lapisan perut dan usus. Bahan-bahan seperti ubat, alkohol, kafein dan asap rokok boleh menyebabkan keadaan ini.Hakisan dan kecederaan pada bahagian lapisan perut (bahagian utama), duodenum dan esofagus akibat tekanan emosi.



MERANGSANG DAN MERENCAT REMBESAN PERUT





JENIS GANGGUAN SISTEM GASTROUSUS


1. MASALAH AKUT PADA BAHAGIAN ATAS SISTEM GASTROUSUS

REFLUKS GASTROESOFAGUS


GASTRITIS

ESOFAGITIS


DISPEPSIA


ULSER AKIBAT UBAT DAN BAHAN KIMIA


ULSER AKIBAT TEKANAN



2. MASALAH KRONIK PADA BAHAGIAN ATAS SISTEM GASTROUSUS

GASTRITIS KRONIK


Berlaku kecederaan berpanjangan yang boleh memberi kesan negatif kepada fungsi perut untuk menghasilkan rembesan bagi proses penghadaman. Terdapat kaitan yang rapat antara masalah ini dengan tabiat merokok.


PENYAKIT ULSER PEPTIK


Secara umum, ulser dalam perut dan duodenum dikenali sebagai ulser peptik. Ini merupakan masalah kronik tetapi kadangkala pesakit boleh mendapat serangan akut (secara tiba-tiba). Kajian menunjukkan bahawa ulser peptik disebabkan oleh kuman Helicobacter Pylori. Kuman ini kerap hadir bila berlaku keradangan pada bahagian lapisan perut.Selain itu, ia ada kaitan dengan kesan menghakis asid dan pepsin. Bahagian yang paling kerap menghadapi masalah ini ialah duodenum dalam perut. Masalah ulser peptik membawa implikasi kesihatan dan ekonomi yang serius. Kos rawatan agak mahal kerana ia melibatkan kemasukan ke haspital, kos profesional kesihatan dan kos ubat-ubatan serta kos daripada sudut kehilangan produktiviti akibat tidak dapat bekerja dalam tempoh yang lama.

ULSER GASTRIK

Merujuk kepada ulser perut. Pesakit mungkin mempunyai kandungan asid yang rendah atau normal. Ulser gastrik peringkat primer dikategorikan oleh rembesan asid yang sedikit, manakala ulser gastrik sekunder akibat ulser duodenal dikategorikan oleh rembesan asid yang tinggi. Pesakit sering merungut kesakitan dan pendarahan berlaku pada bahagian gastrousus. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.Kesakitan dirasakan dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas makan dan kekal selama 60hingga 90 minit. Ini kerana makanan yang masuk ke dalam perut akan mengembangkan bahagian perut serta merangsang rembesan asid. Pesakit akan kerap berasa sakit apabila makan dan ini akan membuatkan pesakit tidak mahu makan dan mengakibatkan kehilangan berat badan.


ULSER DUODENAL

Ia disebabkan oleh rembesan asid dan pepsin yang terlalu banyak. Pesakit berasa sakit dua hingga tiga jam selepas makan dan boleh berterusan sehingga waktu makan yang selanjutnya. Ia berlaku apabila perut kosong. Sebaliknya pesakit ulser duodenal mempunyai selera makan yang baik dan peningkatan berat badan berlaku akibat pengambilan makanan yang kerap untuk mengurangkan atau mencegah rasa sakit.


Antara faktor yang menyebabkan ulser ialah gaya hidup, merokok, kafein, alkohol, tekanan, asid, pepsin dan kuman bakteria Helicobactor pylori.


PUNCA GASTRIK

• Merokok

• Meminum minuman beralkohol
• Jangkitan bakteria helicobacter pylori
• Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, j ngkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
• Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
• Gaya hidup yang tertekan (stress)
• Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).

TANDA GASTRIK

• Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal.

• Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.


• Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).


• Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.


• Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.


• Demam yang dikenali sebagai demam gastrik apabila selalu lewat makan pagi, tengahari atau malam.


• Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.


• Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.


• Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

 *info : http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/2010/01/gastrik.html

 


Untuk tempahan PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS


hubungi kami di 017 5750810 / 012 4506763 (sms,whatsapp)

No comments:

Post a Comment