Quranic Foods

Quranic Foods
Quranic Food

Wednesday, 4 December 2013

Minyak Zaitun bantu rawat pertumbuhan rambut sihat bersinar

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. 
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Minyak Zaitun terkenal dengan pelbagai khasiat mampu membuatkan rambut sihat cantik bersinar. Ia boleh mengatasi pelbagai masalah rambut. Minyak Zaitun bermutu tinggi adalah  formulasi istimewa vitamin E dan antioksida ini mampu merawat permasalahan rambut. Sapukan rambut sekerap mungkin sambil memicit kulit kepala sebelum dibilas dengan air. Minyak zaitun juga dapat melembutkan rambut, mengelakkan ia menjadi kusut dan mudah diurus. 
Minyak zaitun terbukti dapat menguatkan dan menyuburkan rambut. Ia juga dapat membantu mengurangkan tekanan dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

Selain itu, Minyak Zaitun dikatakan dapat membantu melicinkan rambut, ia turut mengandungi khasiat seperti magnesium, kalium, kalsium dan zat besi untuk memberi nutrien sepatutnya yang diperlukan rambut.  

" Menurut pakar kulit kepala dan rambut, Dr Apoorva Shah, urutan menggunakan minyak membantu untuk merangsang pertumbuhan rambut kerana amalan itu dapat melancarkan peredaran darah sehingga ke bahagian akarnya.

Katanya, menggunakan minyak rambut yang berkhasiat tinggi boleh membantu mengurangkan masalah kulit kepala seperti kelemumur, alopecia dan kegatalan.

“Ia terkenal dengan lembapan dan minyak juga bermanfaat dalam menenangkan kulit kepala serta mengurangkan masalah hujung rambut bercabang.

“Kebanyakan pakar dalam penjagaan rambut bersetuju bahawa apa saja tekstur rambut yang dimiliki, ia memerlukan teknik urutan menggunakan sedikit minyak sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan kulit kepala dalam keadaan baik,” tambahnya mengenai kebaikan penggunaan minyak yang perlu dilakukan sebagai rejim penjagaan rambut bagi mengekalkan kesihatannya.

Jelasnya, bagi mereka yang mempunyai kulit kepala normal, minyak kelapa pilihan yang baik untuk digunakan pada bahagian rambut.

Untuk rambut kering pula, gunakan badam atau minyak kastor di bahagian kulit kepala kerana strukturnya yang pekat baik dalam pertumbuhan rambut manakala minyak badam kaya dengan vitamin E sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami masalah penghidratan.

Ahli estetik dan kesihatan rambut serta kulit kepala, Dr Blossom Kocchar berkata, minyak rambut perlu digunakan dengan cara yang betul dalam usaha mendapatkan manfaatnya secara maksimum.

Menggunakan minyak untuk mengurut kulit kepala membantu merangsang dan mengaktifkan folikel rambut bagi menggalakkan pertumbuhannya yang lebih baik."

Mengurut Kulit Kepala Anda
Jangan anggap masa untuk mengurut hanya berlaku di salun kecantikan, ambil tindakan sendiri dan urut kulit kepala anda sekurang-kurangnya sekali sebulan, kalau boleh, seminggu sekali lagi best.
"Ia salah satu cara terbaik untuk rambut anda," kata Mary Beth Janssen, pakar kecantikan organik dan pengarang Naturally Healthy Hair. "Ia membantu mengurangkan sel-sel kulit mati, membawa darah dan nutrien ke akar rambut serta merangsangkan pertumbuhan rambut.” (pendek kata, semuanya akan menjadikan rambut anda lebih sihat dan cantik bersinar).

Caranya mudah sahaja, cuma letakkan sedikit minyak zaitun di hujung jari anda. Bermula di depan garis rambut, urut kulit kepala dalam pergerakan membulat sehingga ke bahagian mahkota kepala anda. Kemudian, ulang langkah tersebut bermula pada bahagian pelipis sehingga bahagian belakang kepala anda, kemudian ke bahagian belakang telinga serta bahagian bawah tengkorak. Kata Janssen, jika rajin mengamalkannya, anda pasti akan kagum dengan hasilnya. Kalau ada mood, cuba balutkan kepala dengan bandana atau topi mandi dan terus masuk tidur. Esok hari, barulah bilas dengan syampu biasa.
Perapi Rambut Tanpa Syarat
Rambut yang lebih tua bererti rambut yang lebih kering. Atasi masalah kehilangan kelembapan semula jadi dengan rawatan perapi mingguan. Tourles syorkan rawatan minyak panas. Anda boleh beli satu paket di farmasi, salun atau kedai menjual produk kecantikan dan letakkan paket dalam air suam untuk memanaskannya. (untuk rawatan yang lebih mudah, anda boleh letakkan satu botol kecil minyak zaitun dalam air suam atau panaskan dengan tangan pun boleh juga) Oles minyak pada rambut kering dan balutkan dengan tuala atau topi mandi. Biarkan selama 1 jam untuk rambut panjang dan 30 min untuk rambut pendek. Juru gaya dari Miami, Oribe adalah peminat kepada rawatan minyak panas zaitun dan sentiasa rajin mencari masa untuk melakukannya setiap minggu. “Jom tonton American Idol sambil membuat rawatan.” Jumpa anda di sofa!
Rujukan :
http://www.everydayme.com.my/artikel/tip-mudah-anti-penuaan-rambut 
http://www.hmetro.com.my/articles/Minyakbanturambutbersinar/Article 

More Info : Facebook https://www.facebook.com/oliveoilasli

Untuk tempahan PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS

Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/OliveOilAsli atau

hubungi kami di 017 5750810 / 012 4506763 (sms,whatsapp)
 


No comments:

Post a Comment