Quranic Foods

Quranic Foods
Quranic Food

Monday, 16 December 2013

Zombi lawan Barah Berita Harian Antaranya amalkan Minyak Zaitun

Berita Harian 2013/12/12 bertajuk "Zombi lawan Barah"

Antara amalan pemakanan En Redza adalah #makanansunnah madu, air zam2,zaitun & kurma. Selain itu, beliau juga mengamalkan MINYAK ZAITUN
Beliau tidak mengambil kimoterapi & yakin khasiat makanan sunnah yg memberi tenaga & kaya antioksida .



'Zombie' lawan barah 
 Mohd Redza bersyukur hayatnya bukan 7 hari seperti dijangka, mampu bertahan hingga kini.
Mulutnya tidak pernah berhenti mengucapkan Alhamdulillah tanda bersyukur diberi peluang kedua hidup. Jika sebelum ini, pada usia 13 tahun, beliau diuji dengan barah usus dan sejak awal hujung tahun lalu pula, sekali lagi ujian sama dilalui apabila disahkan menghidap barah kelenjar darah.

Mungkin hanya segelintir insan mampu bertahan dan sentiasa positif menerima ketentuan Ilahi daripada asyik memikirkan mengenai kematian.

Bagi Ketua Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan Produk FELDA Wellness Corporation, Mohd Redza Abdul Rahman, 29, walaupun keluarganya tidak mempunyai sejarah penyakit barah, beliau tetap menghadapinya dengantabah.


Berdepan penyakit digeruni ini memang amat berat, tetapi beliau mahu berkongsi dengan masyarakat mengenai ilmu dan pengalaman mengenai penyakitnya.

Katanya, jika dulu, hidupnya sentiasa cergas dan sihat, tambah pula beliau adalah jurulatih kecergasan, tetapi akibat penyakit itu, berat badannya turun mendadak daripada 80 kilogram (kg) kepada 68 kg sehingga digelar zombie.

Katanya, apabila disahkan menghidap barah tahap empat, doktor mengesahkan beliau mempunyai masa tujuh hari untuk hidup kerana organnya sudah tidak berfungsi.

Saya berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama tiga hari. Beberapa minit sebelum koma, saya berniat kepada Allah SWT untuk menukar segala kebaikan itu dengan berbakti kepada masyarakat.
Alhamdulillah, sedar daripada koma, doktor terkejut melihat keadaan saya. Sejurus bangun, saya mendapatkan tablet dan membaca mengenai barah. Tiba-tiba juga otak saya aktif dan memahami semuanya, katanya ketika ditemui pada majlis pelantikan Ikon dan Pelancaran Program Sukarelawan Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE), di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

Berita lanjut :





 More Info :

Blog : http://oliveasli.blogspot.com/

Facebook https://www.facebook.com/oliveoilasli

Untuk tempahan PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS

Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/OliveOilAsli atau

hubungi kami di 017 5750810 / 012 4506763 (sms,whatsapp)  

No comments:

Post a Comment