Quranic Foods

Quranic Foods
Quranic Food

Thursday, 16 January 2014

Minyak zaitun untuk masak Vs Minyak Sawit

Apakah perbezaan MINYAK ZAITUN dengan MINYAK KELAPA SAWIT?

Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan.

Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Subhanallah. Hebatnya pemakanan sunnah pati MINYAK ZAITUN ini sebenarnya..

P/s : Jika minyak Zaitun Extra Virgin diguna utk masak bagus ke tak ? Mmg sgt bagus..tp poket plak kata tak bagus hehehehe

No comments:

Post a Comment